KESELAMATAN

SOP Keselamatan

TINDAKAN KECEMASAN

Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakan
kata-kata yang yang amat bertepatan dengan penggunaan api 
dalamkehidupan harian. Biarpun api menjadi satu keperluan dalam
 kehidupanharian, ia akan menjadi merbahaya sekiranya tidak dikawal
 secara betul.Kebakaran adalah satu tindak balas kimia dimana
 tenaga haba dancahaya yang terhasil akan menghasilkan asap.

PENCEGAHAN KEBAKARAN
Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal
 yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku
 dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran 
yang baru bermula(infant stage) daripada merebak kepada 
peringkat yang boleh dikawal lagi(uncontrollable stage).

Pengurusan Risiko Kebakaran
Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan 
sama ada di tempat kerja atau kawasan perumahan perlulah mengambil
 langkah keselamatan seperti berikut sebagai persediaan untuk menghadapi
 sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran :



1.   Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk menyelamatkan
      diri (mean of escape).
2.   Mengadakan pelan pengunsian bangunan.
3.   Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan
4.   Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkala
5.   Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesan
6.   Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupi
7.   Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping
      yang bagus.
8.     Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik 
      dilakukan secara berkala. 
          
                   SOP Pelan Tindakan Kecemasan Zon Kristal


Pelan Tindakan Keselamatan
Kesedaran dan keselamatan semakin meningkat di tempat kerja 
apabila adanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk 
mencegah kemalangan.  Salah satu faktor pencegahan adalah untuk 
menghadapi pelan tindakan kecemasan.

Pelan Tindakan Keselamatan (PTK) adalah untuk 
menyediakan orang dan organisasi terhadap kecemasan untuk
 mencegah kecederaan dan kerosakan harta benda.

Objektif PTK:-



    -      Membolehkan pekerja bertindak dengan tenang dan  
            selamat semasa berlakunya kecemasan.
    -       Tanggungjawab dan pelaksanaan oleh mereka yang dilantik untuk 
            menjalankan tugas apabila berlakunya kecemasan.
            Peralatan kecemasan digunakan  dengan selamat dan betul.
    -      Pengosongan premis dilakukan dengan pantas, teratur 
            dan selamat apabila berlaku kecemasan.


Terdapat beberapa jenis kecemasan yang memerlukan pelan
 tindakan keselamatan diadakan seperti kebakaran, letupan,
 bencana alam, keracunan, kebocoran toksid,  
bangunan runtuh dan lain-lain.

Prosedur keselamatan
Sesebuah organisasi perlu mengetahui dan melaksanakan 
pengurusan keselamatan dengan mengambil kira
faktor-faktor berikut:-

     1. Pencegahan - Melaksanakan latihan keselamatan di tempat kerja 
           dan cara pengendalian  bahan berbahaya serta peralatan 
           yang digunakan.
     2. Kesediaan - Organisasi perlu menubuhkan satu jawatakuasa
           kecemasan yang dapat bertindak apabila berlaku kecemasan.
     3. Tindakan -  Jawatankuasa kecemasan yang ditubuhkan 
            hendaklah bertindak dengan pantas dan efisien berserta 
            kelangkapan yang mencukupi apabila terjadinya kecemasan.
    4. Pemulihan - Merupakan tindakan yang berfungsi untuk 
          mengembalikan situasi cemas kepada keadaan normal seperti 
          menilai kerosakan, mengganti   atau membaiki peralatan 
           yang rosak.

Bagi Peringkat Zon Kristal, perlaksanaan langkah-langkah 
keselamatan termasuk kelengkapan di bawah 
selenggara pentadbiran Jabatan.
 Walaubagaimana pun, Zon Kristal telah menyediakan
 Pelan Tindakan Kecemasan 
termasuk Laluan Kecemasan bagi Zon Kristal. 

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGOSONGKAN BANGUNAN
EVACUATION STEP
       1.   APABILA LOCENG KECEMASAN DIBUNYIKAN, JANGAN PANIK HANYA BERTENANG DAN                          TUNGGU PENGUMUMAN.
      2.  SELEPAS MENDENGAR PENGUMUMAN UNTUK MENGOSONKAN BANGUNAN,
           PASTIKAN  KEHADIRAN ANGGOTA PEJABAT, LIHAT  SEKELILING UNTUK MEMASTIKAN 
           SIAPA YANG ADA ATAU TIDAK.
       3.   MATIKAN SEMUA SUIS ELEKTRIK DAN PASTIKAN PERALATAN PEJABAT
            TURUT DIMATIKAN.
      4.   TINGGALKAN BARANG-BARANG TIDAK PERLU.
      5.   TUTUP DAN KUNCI PINTU-PINTU YANG BERKENAAN.
      6.   GUNAAN JALAN KELUAR YANG TERDEKAT SEPERTI DI PELAN KECEMASAN
            DAN BERHIMPUNAN  DI KAWASAN BERKUMPUL (PARKIR AWAM).
       7.  JANGAN GUNAKAN LIF.
       8.  JANGAN TUJU KE TEMPAT LETAK KERETA DI DALAM BANGUNAN.
       9.  DENGAR ARAHAN KESELAMATAN DAN JANGAN BERTINDAK BERSENDIRIAN.





No comments:

Post a Comment